Minggu, 22 Desember 2013

Baik lah

cara ini..... udah....
cara itu .... udah...

ikhtiar ini.... udah
iktiiar itu.... udah

kini tinggal saatnya pasrah....
memperbanyak doa........
dah terus beriktiar..........
semoga tidak sia-sia dan mendapat ridho Nya
apapun yang terjadi.... semoga tetap dalam jalan yang lurus dan diridhoi
bismillah... allohu akbar...

Kamis, 19 Desember 2013

Memaafkan

Antara ayat Quran yang menyentuh hati adalah dari surah Ali Imran, ayat 133-135
Allah SWT berfirman, yang bermaksud
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang mahupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahanorang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.”"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka; dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."
Allah menyuruh kita cepat-cepat, segera, jangan lengah dalam mencari keampunan untuk mendapat syurga yang kekal tu, yang best tu, yang abadi, seluas langit dan bumi. Tapi syurga ni hanya disediakan untuk orang bertaqwa..Siapa tu?
1. Orang yang suka bersedeqah baik waktu lapang atau sempit.Ada duit pun dia sedeqah, tak de duit pun dia sedeqah.
2. Tu dia…nombor dua. Orang yang menahan marah. Selagi kita tak boleh belajar dan cuba menahan marah jangan haraplah kita ni layak masuk syurga.
3. Dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Aduh, Bagaimana ya nak masuk syurga kalau hati ni masih berdendam dan membenci? Kalau kita berkata pada diri “Aku selamanya tak akan maafkan dia sampai mati?”
4. Akhirnya mereka yang setelah menzalami diri sendiri dan melakukan perkara keji, (tak solat, menonton benda-benda yang tidak sepatutnya, menipu etc) mereka TERUS memohon ampun mereka beristighfar pada Allah dan berjanji tidak mengulanginya lagi.
Bayangkan wajah orang yang menyakiti anda. Sekarang untuk meyakinkan bahawa kita perlu memaafkan mereka baca hadith-hadith ini. Percayalah sekiranya anda memaafkan mereka seolah satu beban telah terangkat dari bahu anda dan hidup anda terasa bebas dan ringan. Maafkan. Maafkan. Maafkan mereka. Mereka mungkin tidak tahu, tidak sedar dan jahil. Mereka tidak tahu mereka telah menghiris hati ini sedalamnya. Tetapi tidak mengapa. Maafkan mereka dan si dia. Kerana kita mahukan redha Allah dan Jannah. Kita nak jadi orang yang bertaqwa. Itu beza antara kita dan dia. Jadilah orang yang pertama memohon dan memberi maaf. Maafkan si dia yang melukai anda. Saya yakin kita boleh melakukannya. Maafkan ibu bapa, keluarga, pasangan, kawan baik, saudara mara atau pun si dia di alam maya yang tidak pernah pun kita jumpa. Oh ya! Jangan lupa, maafkan saya juga ya?
“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
“Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
Nabi s.a.w. bersabda, “Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia.” (Hadis Riwayat Muslim)
Nabi s.a.w. pernah bersabda: “Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari Khamis dan Isnin, lalu Allah ‘Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua-dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai, tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua-dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai.” (Hadis Riwayat Muslim)
Saya akhiri dengan kisah popular ini. Mesti pernah dengar bukan cerita ini? Kalau belum, bacalah. Semoga diberi ruang dalam hati untuk memaafkan si dia. Jika sudah, baca sekali lagi ,kerana kita ini sering lupa. Ya saya mengingatkan diri untuk memaafkan mereka di luar sana yang kadangkala tidak pun mengenali diri saya namun membenci dan berkata suka hati. Saya maafkan anda. Saya maafkan anda semua. Semua sahabat yang pernah terguris dengan saya pula, maafkan saya juga ya?
Suatu hari Nabi Muhammad SAW saat di masjid mengatakan kepada para sahabat bahawa akan datang di pintu ini seorang ahli syurga. Maka para sahabat pun mununggu di pintu itu dan ternyata yang melaluinya adalah sesorang badwi. Keesokan harinya, Nabi mengatakan bahawa di pintu ini akan datang seorang ahli syurga. Lantas para sahabat menunggu dan ternyata , orang Badwi itu lagi yang telah lalu. Dan sampai hari ke-3 Nabi masih mengatakan begitu lagi , maka lantas para sahabat hairan apa amalan dari orang ahli syurga itu?
Lantas salah seorang dari sahabat mendatangi orang Badwi ahli surga itu dan apabila sampai di rumahnya sahabat tersebut mengatakan, “Bolehkah aku tinggal di rumahmu selama 3 hari? Lantas badwi tersebut membolehkan sahabat Nabi untuk tinggal di rumahnya. Hari demi hari terus berjalan. Sahabat Nabi makin heran apakah amalan orang badwi ini kerana dia sedikit pun tidak nampak si badwi ini bangun untuk solat malam atau ibadah-ibadah sunat yang lain yang dilakukan. Maka sahabat Nabi pun mengutarakan pertanyaan kepada orang badwi tersebut .”ya fulan, apa amalan seharianmu sehingga kamu dikatakan oleh Nabi bahawa kamu adalah ahli syurga? Lantas jawabnya, “Amalan seharianku biasa-biasa saja cuma di saat sebelum aku tidur, aku selalu memaafkan orang yang bersalah kepadaku dan memaafkan kesalahan orang lain yang masih mahu berbuat salah terhadapku.”
Semoga Allah membuka hati kita untuk menjadi ahli syurga yang memaafkan!

Amalan Sebelum Tidur


Suatu hari Rasulullah saw masuk ke rumah Sayyidah Fathimah as. Ketika itu,Fathimah sudah berbaring untuk tidur. Rasulullah saw lalu berkata, “Wahai Fathimah, lâ tanâmi. Janganlah engkau tidur sebelum engkau lakukan empat hal; mengkhatam Al-Quran, memperoleh syafaat dari para nabi, membuat hati kaum mukminin dan mukminat senang dan rida kepadamu, serta melakukan haji dan umrah.”
Fathimah bertanya, “Bagaimana mungkin aku melakukan itu semua sebelum tidur?” Rasulullah saw menjawab, “Sebelum tidur, bacalah oleh kamu Qulhuwallâhu ahad tiga kali. Itu sama nilainya dengan mengkhatam Al-Quran.”
Yang dimaksud dengan Qul huwallâhu ahad adalah seluruh surat Al-Ikhlas,bukan ayat pertamanya saja. Dalam banyak hadis, sering kali suatu surat disebut dengan ayat pertamanya. Misalnya surat Al-Insyirah yang sering disebut dengan surat Alam nasyrah.
Rasulullah saw melanjutkan ucapannya, “Kemudian supaya engkau mendapat syafaat dariku dan para nabi sebelumku, bacalah shalawat: Allâhumma shalli’alâ Muhammad wa ‘alâ âli Muhammad, kamâ shalayta ‘alâ Ibrâhim wa ‘alâ âliIbrâhim. Allâhumma bârik ‘alâ Muhammad wa ‘alâ âli Muhammad, kamâ bârakta’alâ Ibrâhim wa ‘alâ âli Ibrâhim fil ‘âlamina innaka hamîdun majîd.
“Kemudian supaya kamu memperoleh rasa rida dari kaum mukminin dan mukminat,supaya kamu disenangi oleh mereka, dan supaya kamu juga rida kepada mereka, bacalah istighfar bagi dirimu, orang tuamu, dan seluruh kaum mukminin dan mukminat.”Tidak disebutkan dalam hadis itu istighfar seperti apa yang harus dibaca. Yang jelas, dalam istighfar itu kita mohonkan ampunan bagi orang-orang lain selain diri kita sendiri. Untuk apa kita memohon ampunan bagi orang lain? Agar kita tidur dengan membawa hati yang bersih, tidak membawa kebencian atau kejengkelan kepada sesama kaum muslimin. Kita mohonkan ampunan kepada Allah untuk semua orang yang pernah berbuat salah terhadap kita. Hal itu tentu saja tidak mudah. Sulit bagi kita untuk memaafkan orang yang pernah menyakiti hati kita. Bila kita tidur dengan menyimpan dendam, tanpa memaafkan orang lain, kita akan tidur dengan membawa penyakit hati. Bahkan mungkin kita tak akan bisa tidur. Sekalipun kita tidur, tidur kita akan memberikan mimpi buruk bagi kita. Penyakit hati itu akan tumbuh dan berkembang ketika kita tidur. Dari penyakit hati itulah lahir penyakit-penyakit jiwa dan penyakit-penyakit fisik. Orang yang stress harus membiasakan diri memohonkan ampunan kepada Allah untuk orang-orang yang membuatnya stress sebelum ia beranjak tidur.
Dalam hadis itu tidak dicontohkan istighfar macam apa yang harus kita baca. Tapi ada satu istighfar yang telah dicontohkan oleh orang tua-orang tua kita di kampung. Biasanya setelah salat maghrib, mereka membaca:
“Astaghfirullâhal azhîm lî wa lî wâlidayya wa lî ashâbil huqûqi wajibâti ‘alayya wal masyâikhina wal ikhwâninâ wa li jamî’il muslimîna wal muslimât wal mukminîna wal mukminât, al ahyâiminhum wal amwât. Ya Allah, aku mohonkan ampunan pada-Mu bagi diriku dan kedua orang tuaku, bagi semua keluarga yang menjadi kewajiban bagiku untuk mengurus mereka. Ampuni juga guru-guru kami, saudara-saudara kami, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, baik yang masih hidup maupun yang telah wafat.”
Bila kita amalkan istighfar itu sebelum tidur, paling tidak kita telah meminta ampun untuk orang tua kita. Istighfar kita, insya Allah, akan membuat orang tua kita di alam Barzah senang kepada kita. Istighfar itu pun akan menghibur mereka dalam perjalanan mereka di alam Barzah. Manfaat paling besar dari membaca istighfar adalah menentramkan tidur kita.
Nasihat terakhir dari Rasulullah saw kepada Fathimah adalah, “Sebelum tidur, hendaknya kamu lakukan haji dan umrah.” Bagaimana caranya? Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang membaca subhânallâh wal hamdulillâh wa lâ ilâha ilallâh huwallâhu akbar, ia dinilai sama dengan orang yang melakukan haji dan umrah.”Menurut Rasulullah saw, barangsiapa yang membaca wirid itu lalu tertidur pulas, kemudian dia bangun kembali, Allah menghitung waktu tidurnya sebagai waktu berzikir sehingga orang itu dianggap sebagai orang yang berzikir terus menerus. Tidurnya bukanlah tidur ghaflah, tidur kelalaian, tapi tidur Dalam keadaan berzikir. Sebetulnya, bila sebelum tidur kita membaca zikir, tubuh kita akan tertidur tapi ruh kita akan terus berzikir. Sekiranya orang itu terbangun di tengah tidurnya, niscaya dari mulut orang itu akan keluar Zikir asma Allah.